Wednesday, 29 February 2012

Nak Banjir Gamaknye

Alamak time kita baru nak ada mood gardening, tiap2 petang hujan lebat. Rasanya kalu malam ni hujan lagi, besok insyaalah kena angkat barang2. Terpikir lak macam mana orang yg duduk Kelantan Tengganu, memanjang banjir pada ujung tahun. Idak pulak demo nak pindah, demo main air lagi ade . Sejak dua tahun kebelakang ni, tempat saya yg seumur idup tak pernah banjir, banjir sakan sampai rumah saya turut terjejas. Ada org kata ini adalah air dari Thailand turun mai ke bawah. Biar logikla skit. Cikgu Geog saya Mr Selva tentu gelak sakan kalau dengar. Air bergerak dr tempat tinggi ke rendah, bukan dari Utara ke Selatan. Memangla cik oi, mung tengok dlm peta, Thai dok kat bahagian ataih, Mesia kat bawah..Kalau lukis bertindih, mana nak tau had mana satu Thai mana satu Mesia....

Dulu masa masih kerja, bila hujan selalu sebut "kan best kalau banjir, tak payah pi kerja." La ni dah pencen, awat tak mau pulak? Amboi soalan macam 'Where The Money Drops" je. Walaupun tak dapat pitih, amboi nak ghoyat jawapan kat demo

1) Ambo tak larat nak angkat barang. Angkat barang penat2 satu rumah, tengok2 sebahagian tempat je air masuk, tempat yg lain kering. Lepas surut, nak kena cuci rumah pulak. Double sengsara!

2) Kalau nampak bahaya bekalan elektrik diputuskan TNB. Dah lah dalam rumah penuh air, pijak air rasa macam pijak ular je....

3) Ada LINTAH. Memang lah lintah gigit seolah2 dapat terapi bekam PERCUMA, tapi koranglah, bebekam, tak koso den doh....Heran sungguh ada org pi dapatkan treatment bekam lintah, mintak aje kebenaran masuk  mana2 sawah, tuan tanah mesti gembira punya, lintah gembira dapat makan free, tuan punya sawah gembira hari ni dia tak jadi mangsa...kahkahkah.

4) Anak2 naik tocang, main air sampai tak balik2. Risau kita dibuatnya, baju pulak kotor, dah lah musim hujan, payah kering. Nak hantar dobi, baju buruk, lagipun tokeh dobi pun tak mau, tak tau dia nak jemur kat mana, ampaian dah penuh.

4) ...dah saya pencen, kalau tak hujan pun tak payah pi kerja kahkahkah..


 

 .

Tuesday, 28 February 2012

Hello, i am back.

Yes i am back. Hopefully this time for good . Mungkin hormon dah balance balik hehehe.. I dah mula decorate rumah  & buat garden kat luar tu bagi nampak macam kat dalam rumah ada penghuni. Sebelum ni  rumah maintain gitu2 aje, sekarang baru nak ambik momentum. Kalau rajin, will update dalam blog. Bukannye elok bebenor pun kome, ntahlah. Hubby kata midlife crisis kot hehehe... Alahai macamla cik abang tu rajin bebeno... Mana mau nyer...

The main intention of me blogging again is to update and to story crita anak2. Mana tau opah kena alzheimer (minta Allah jauhkan) tak dapat cucu2 dengar fe'el mak bapak kome masa kecik2 dulu. Udahlah mak bapak kome dulu idakle same fe'el ngan org lain ( ate... udah opah pun fe'el tak sama ngan org lain hehehe) .

So, see all of you soon.!



Tuesday, 6 December 2011

Karang / Kidney Stone

Penyakit karang terjadi bila terdapat penghabluran garam mineral dalam badan bila kepekatan garam tersebut melebihi dari yang diperlukan. Ia biasanya berlaku dalam buah pinggang, salur kencing atau pundi kencing. Terdapat pelbagai jenis karang; terbentuk biasanya dari mendapan asid urik, kalsium, posfat ataupun asid oksalik. Amalan meminum air kosong yang banyak setiap hari dapat mengurangkan risiko berlakunya sakit ini. Jika anda terkena penyakit karang, cara terbaik adalah untuk mendapatkan nasihat doktor dulu kerana karang yang terlalu besar saiznya hanya boleh dikeluarkan melalui pembedahan. Walau bagaimana pun, karang bersaiz kecil boleh dihancurkan melaui pemakanan.


Petua menghilangkan Penyakit Karang.


* Perahan 2 camca besar jus asam limau dicampur dengan 1 camca besar minyak zaitun dan (lagi elok jika ditambah 1 camca kecil garam epsom.) minum 3 kali sehari

* Minum perahan 2 biji jus epal hijau setiap 4 jam

* Ambir gula batu yang tabur atas tembikai. Masukkan dalam peti sejuk dan makan sebanyak yang  
   mungkin, insyaalah batu itu akan hancur selepas seminggu

* Minum jus delima bersama cuka nipah

* Makan lobak puteh sebanyak mungkin. Lobak putih boleh juga diparut untuk airnya